Categories
SELANGOR

MPP UNISEL didik pelajar sifat kepimpinan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 22 FEB: Saban tahun, Universiti Selangor (UNISEL) mensajikan senario pilihan raya kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti berkenaan.

Ia bukanlah suatu fenomena baru tetapi secara tidak langsung mendidik anak muda dari zaman universiti bersifat kempimpinan yang akan menjadi generasi membangunkan negara.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, seramai 42 pelajar dipilih sebagaiĀ MPP universiti milik Kerajaan Negeri itu bagi sesi 2017.

Katanya, 26 calon dipilih bagi kampus Shah Alam, manakala 16 lagi di kampus Bestari Jaya.

“Di Shah Alam, terdapat 13 pencalonan dan hanya 1 pencalonan ditolak untuk kerusi umum, manakala kesemua 18 pencalonan bagi kerusi fakulti layak bertanding mengikut syarat ditetapkan.

“Daripada 18 kerusi fakulti, hanya satu kerusi mewakili Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat diisytiharkan menang tanpa bertanding. Kesemua calon fakulti mewakili tiga fakulti di kampus Shah Alam,” katanya.

16649351_1331348283607796_2450910904766425313_nHasril berkata, di kampus Bestari Jaya terdapat tujuh pencalonan untuk kerusi umum, manakala sembilan pencalonan bagi kerusi fakulti layak bertanding.

“Kesemua calon bertanding mewakili empat fakulti di kampus Bestari Jaya, namun tiada pelajar antarabangsa yang menawarkan diri untuk bertanding,” katanya.

Proses penamaan calon, bantahan dan pengumuman calon bertanding bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari di Dewan Pro-Canselor bagi kampus Shah Alam, manakala di kampus Bestari Jaya bertempat di Dewan Canselori.

Pada masa sama, UNISEL sentiada memantau dan menasihat pelajar berkempen secara sihat dan mengelakkan sebarang insiden provokasi dicetuskan mana-mana pihak.

-AA-