Categories
SELANGOR

Sungai Klang bersih sehingga ‘tetamu’ tak diundang timbul – MB

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 17 FEB: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hari ini berseloroh mengenai kebersihan Sungai Klang apabila mencapai tahap sangat bersih sehinggakan ‘tetamu’ tidak diundang timbul di sungai itu.

Katanya, Sungai Klang kini terlalu bersih sehinggakan ‘tetamu’ baru kita iaitu buaya datang ke Sungai Klang.

“Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) memberi tugas kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan Sungai Klang yang terkenal dengan sampah sarap.

AZMIN“Selepas beberapa bulan, Sungai Klang kini bersih dari sampah sarap dan terlalu bersih sehingga ada tetamu baru iaitu buaya datang ke Sungai Klang.

“Buaya pun suka bersih tetapi ada pihak lain tak suka bersih. Jangan takut dengan bersih,” katanya diikuti tawa hadirin di di Majlis Pelancaran Smart Trak, Kempen Pengurangan Beg Plastik dan penyerahan Mobile Garbage Bin, di Kompleks Sukan Pandaraman, di sini.

Terdahulu, seekor buaya sepanjang dua meter timbul permukaan Sungai Klang mengejutkan penduduk di bandar Klang.

Aksi reptilia itu kemudiannya di rakam oleh pengguna jalan raya di sebuah jambatan dan dimuat turun di laman sosial Facebook dan You Tube.

-nR-