Categories
SELANGOR

11 kenderaan buruk ditunda MPS

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 31 MAC: Sebanyak 11 kenderaan buruk ditunda Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam Operasi Bersepadu Kenderaan Buruk di tempat letak kenderaan ditunda di tiga kawasan di Batu Cave, semalam.

Tindakan itu dijalankan Penguatkuasa MPS dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penolong Pegawai Penerangan MPS, Norillyana Roslan berkata, operasi itu bertujuan memberi kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan di kawasan menghalang atau meninggalkan kenderaan di tapak parking dalam tempoh lama.

“Setiap pemilik kereta ditunda perlu membayar kompaun dan menuntut kenderaan selepas 14 hari dari tarikh sitaan.

WhatsApp Image 2017-03-30 at 5.22.17 PM“Kenderaan sitaan dilupuskan dalam tempoh 1 bulan jika pemilik gagal untut berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan.

Operasi bermula pukul 11 pagi semalam melibatkan 40 anggota daripada pelbagai agensi termasuk tiga daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) serta agensi luar iaitu Suasa Efektif Sdn. Bhd., PDRM, SPRM dan juga Ahli Majlis kawasan.

Menurut Norillyana, Kawasan yang terlibat adalah Sunway Batu Caves, Batu Caves Centrepoint dan Sri Batu Caves

“MPS akan meneruskan operasi ini secara konsisten dari semasa ke semasa agar kemudahan tempat letak kenderaan disediakan dapat dimanfaatkan penduduk sekitar.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak meninggalkan atau meletakkan kenderaan dikawasan yang menghalang laluan,” katanya.

-nR-