Categories
SELANGOR

Isu SMUE bikin DNS gamat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 28 MAC: Sesi perbahasan sebelah petang Dewan Negeri Selangor (DNS) kecoh seketika apabila isu peruntukan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dibangkitkan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuang, Datuk Abdul Shukor Idrus.

Situasi itu menyaksikan ADN Damansara Utama, Yeo Bee Yin dan ADN Sekinchan, Ng Suee Lim bangkit mempertikaikan dakwaan yang disebutkan Shukor.

Suee Lim bangkit untuk menjawab dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai cubaan mengelirukan dewan.

ADN Sungai Pinang yang juga Exco Selangor, Dato’ Teng Chang Khim dan ADN Teratai Tiew Way Keng turut bangkit membacakan Peraturan Tetap 36 (6) Sangkaan Jahat

Way Keng berkata, Shukor cuba memanipulasi perkataan ‘dakwaan’ dan ‘difahamkan’.

Situasi tegang itu memaksa Speaker DNS, Hannah Yeoh menegur Shukor yang secara tiba-tiba membangkitkan isu SMUE sedangkan program itu diperkenalkan sejak dua penggal lalu.

“Kuang sudah menjadi ADN selama dua penggal. Program SMUE bukan perkara baru dan sudah dua penggal.

“Sebagai Speaker saya hairan mengapa perkara ini dibawa masuk sekarang sedangkan penggal akhir dah nak habis, baru dibangkitkan.

“Sama ada perkara ini tidak mendapat perhatian pada penggal pertama atau apa sebenarnya?” katanya.

=EZY=