Categories
SELANGOR

INPENS konsisten sedia kemahiran teknikal

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 6 APRIL: Kerajaan Negeri terus komited menyediakan peluang pendidikan peringkat kemahiran kepada pelajar dan penggiat industri di Kolej Antarabangsa Inpens di Kuala Selangor.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, kursus sedia ada itu memberi tumpuan kepada pembelajaran kemahiran teknikal sebagai persiapan golongan terbabit mengharungi cabaran sebenar alam pekerjaan.

Beliau berkata, inisiatif itu dilaksanakan sebagai keperluan anak Selangor khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti peluang pendidikan peringkat institusi pengajian tinggi.

“Di bawah gerak kerja pembasmian kemiskinan, Kerajaan Negeri menyediakan program ini bagi tujuan pemerkasaan anak muda khususnya lepasan SPM mengikuti pengajian teknikal di Inpens.

“Kursus sedia ada ini dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri membabitkan pengajiran peringkat teknikal terbuka kepada anak Selangor,” katanya.

Ganabatirau berkata, penubuhan kolej itu sebelum ini juga dilaksanakan sebagai komitmen berterusan Kerajaan Negeri menggalakan anak Selangor mendapat pendidikan terbaik selepas tamat persekolahan.

PC (6 of 21)“Kerajaan Negeri juga membantu menaja peringkat pengajian penuh pelajar Inpens selama setahun.

“Keperluan ini menuntut lebih ramai lepasan SPM atau penggiat industri mengambil peluang dan menyertai program ditawarkan,” katanya.

Bidang ditawarkan: Automotif, Elektrik, Elektronik, Kulinari & Pastri, Estetik & Dandanan Rambut, Tekstil & Pembuatan Pakaian, Motosikal, Penyamanan Udara dan Sistem Komputer.

Persijilan: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di bawah akreditasi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

No.Telefon: 03-3281 2617/19/21 No. Faks: 03-3281 2625

-AA-