Categories
GLOBAL NASIONAL

Jadikan kejayaan Turki suri tauladan

SHAH ALAM 18 APRIL: Pembangkang Parlimen Malaysia dan Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) menyampaikan ucapan tahniah kepada rakyat Turki yang telah melaksanakan hak demokrasi dalam referendum perlembagaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau mendoakan Turki dan Presidennya Recep Tayyip Erdogan diberi kebijaksanaan, panduan dan kesabaran dalam konsensus pilihan yang dibuat.

“Turki terus menjadi suri tauladan kepada negara membangun yang konsisten dalam melaksanakan demokrasi, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan taraf hidup rakyat,” kata Dr Wan Azizah dalam kenyataan media.

Katanya, dalam beliau berharap Parti AK menggunakan mandat diberi bagi memastikan Turki berada di landasan sebenar reformasi demokrasi.

“Kita berharap masyarakat antarabangsa konsisten bersama-sama dalam prinsip ini untuk demokrasi di Palestin, Mesir, Bangladesh dan Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Erdogan mengumumkan undian untuk pungutan suara negara itu memihak kepada ‘setuju’.

Keputusan tersebut menyaksikan kuasa Presiden bertambah dan jawatan Perdana Menteri di Turki dihapuskan.

Kumpulan yang pro-setuju menang dengan 51.4 peratus undi dengan 86 peratus pengundi keluar mengundi.

 

Refe
=EZY=