OLEH DAENG RAMLIAKIL
MENELITI 50 lukisan cat minyak karya Yuri Pryadko, saya berpendirian, pelukis Eropah ini wajar diberi perhatian sebagai kajian untuk menyingkap kemahirannya bagi kegunaan perkongsian.
Selain malam, Yuri turut memilih siang, namun, kesepian menjadi bayangan yang munasabah apabila adanya ciri kelima iaitu kawasan pedalaman atau daerah yang jarang dijengah orang.
Sesudah memahami strategi bagi menimbulkan suasana yang menjadi maharaja karyanya iaitu kesepian, kita mengenal pasti kekuatan kedua karya iaitu warna.
Warna putih bersembunyi di sana sini, berbaur dan teradun, melainkan di permukaan laut yang putihnya menguasai dan mengisi ruang untuk buih. Apakah fungsinya warna putih pada warna-warna lain? Kejernihan dan mesra mata.
Pilihan berada pada jarak agak jauh untuk melihat lukisan Yuri yang ada gambaran langit malam dan kawasan desa, juga kediaman yang ada cahaya kecil lampu, kita bernasib baik. Hati yang dimiliki amat mudah berasa sayu dan perasaan ini boleh membawa seseorang yang berpendirian positif meneroka aneka pengalaman tersendiri yang sudah tersembunyi lama.
Kebijaksanaan biasanya muncul. Pilihan berada dalam suasana sayu kerap dipilih oleh Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat ke-16. Juga, William Shakespeare, dramatis agung dunia milik England. Atau, lebih lama lagi, Julius Caesar, panglima dan kemudiannya Jeneral Rom yang bijak berperang.
Nabi-nabi bermula Adam memang acap memilih dunia yang sepi kerana seakan-akan sudah menjadi suatu formula, kesepian dan kesayuan kepada pelajar ilmu maqrifatullah, jarak diri dengan Ilahi menjadi paling dekat, sedekat lelangit dengan lidah, kata ahli-ahli sufi seperti Wali Songo, khususnya Sunan Kalijaga.
Meniru Yuri untuk menghasilkan lukisan gambaran alam semula jadi yang sunyi lagi disulam suasana sayu, pelukis tanah air mahupun dunia, perlunya usaha merenung, mengkaji dan mencatat beberapa strategi yang betul supaya ikhtiar tidak sia-sia.