Categories
SELANGOR

MPAJ kaji kaedah biologi cegah Aedes

AMPANG, 6 APRIL: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengkaji kaedah biologi menggunakan nyamuk Aedes disuntik dengan bakteria wolbachia bagi mengawal kes denggi di kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain berkata, langkah itu adalah alternatif baru MPAJ selain menggunakan kaedah konvensional seperti pengkabutan (fogging) dan gotong-royong pembersihan kawasan.

“Sebanyak 992 kes denggi dengan tiga kematian direkodkan setakat ini di MPAJ, sehingga 25 Mac lalu.

“Bagaimanapun, jumlah kes itu lebih rendah berbanding jumlah kes dalam tempoh sama tahun lalu iaitu 2,105 kes,” katanya.

Beliau berkata, MPAJ turut mengenal pasti kawasan tumpuan seperti Pandan Indah, Taman Cahaya, Bandar Baru Ampang, Taman Melawati 1, Taman Ukay Bistari dan Pandan Perdana di Jalan Perdana 6/2 hingga 6/10.

-AA-