Categories
SELANGOR

MPK sasar kutipan tapak bazar Ramadan RM1.3 juta

OLEH AFIX REDZUAN

KLANG, 26 APR: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjangkakan hasil kutipan tapak bazar Ramadan berjumlah RM1.3 juta di seluruh wilayah itu.

Timbalan Yang Dipertua, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, seramai 1,426 peniaga menyertai bazar Ramadan bagi jualan makanan dan 475 petak daripadanya tertumpu di Jalan Taiping.

“Kita meneruskan aktiviti perniagaan bazar Ramadan dan baru sahaja selesai cabutan undian tapak khususnya di Jalan Taiping dan sekitar Klang.

BAZAR“Kita jangkakan jumlah peniaga meningkat sekitar dua kali ganda untuk barangan kering,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK Bil.4/2017.

Menurutnya, suasana perniagaan yang baik selain promosi media dilihat menjadi faktor tarikan peniaga memandangkan sebelum ini hanya memperoleh kutipan hasil tapak bazar Ramadan sekitar RM900,000.

Adi Faizal berkata, MPK sudah merangka pelan tapak perniagaan untuk musim perayaan lain dan tidak hanya tertumpu kepada Hari Raya Aidilfitri semata-mata.

Katanya, MPK masih mengekalkan harga tapak seperti tahun sebelumnya, namun tapak perniagaan utama diletakkan dibawah promosi menerusi bidaan.