Categories
NASIONAL

Pelabur asing – Proton main tarik tali tawaran ekuiti?

SHAH ALAM, 24 APR: Langkah kerajaan menaikkan duti eksais ke atas kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan dan van berkapasiti 1.5 liter ke bawah sebanyak 15 peratus baru-baru ini dipercayai ekoran terdapat tawar menawar antara Proton Holdings Bhd (Proton) dan pelabur asing yang berminat membeli ekuti Proton.

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, langkah menaikkan duti eksais itu diambil dipercayai untuk meningkatkan minat pelabur terlibat membeli pegangan saham kereta nasional itu.

“Mungkin mereka mengenakan syarat baru dan syarat baru ini mungkin ada kena mengena dengan langkah kerajaan menaikkan duti eksais baru-baru ini.

dr_rosli_yaakob_“Mungkin mereka akan runding balik penjualan ekuiti Proton kepada pelabur China ini. Pada masa ini mereka masih main tarik tali.

“Mungkin pelabur itu kata jika kami beli saham Proton untuk pulihkan Proton, kamu naikkan cukai kepada pesaing Proton dan salah satu cara naikkan cukai eksais MPV dan ini boleh menyebabkan syarikat China tadi tertarik untuk merundingkan semula pembelian saham Proton,” kata Rosli ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Jelasnya lagkah itu mampu menarik minat bakal pembeli kenderaan MPV membeli MPV keluaran Proton yang lebih lebih murah berbanding MPV import.

Terdahulu, Proton mengumumkan akan menjualkan ekuitinya kepada pelabur asing apabila syarikat itu sering kali mengalami kerugian sebelum beberapa syarikat dikatakan berminat membeli pegangan Proton.

proton-geely-630x326Bagaimanapun, syarikat China, Geely Automobile Holdings Ltd. (Geely) yang sebelumnya disebut-sebut mempunyai harapan cerah memiliki Proton dikatakan menarik diri di atas sebab yang tidak diketahui.

Langkah kerajaan kemudiannya menaikkan duti eksais ke atas kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan dan van berkapasiti 1.5 liter ke bawah baru-baru ini mampu menarik lebih minat pelabur asing untuk memiliki Proton pada harga yang diingini Proton.

Selain Geely, syarikat gergasi lain turut disebut-sebut adalah Renault, PSA dan Suzuki.