Categories
GLOBAL

Peluru berpandu anti balistik AS di Korea Selatan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SEOUL, 27 APR: Komander Ketenteraan Amerika Syarikat di atau PACOM, Harry Harris mendedahkan sistem pertahahanan ketenteraan tercanggih negara itu atau THHAD kini sudah ditempatkan di Korea Selatan, semalam.

Beliau berkata, penempatan itu sebagai usaha melindungi ancaman Korea Utara sebelum ini yang melancarkan provokasi nuklear milik negara komunis itu.

“Sejak Julai lalu, perancangan untuk menempatkan THHAD sudah diadakan bagi tujuan perlindungan ke atas Korea Selatan daripada ancaman Korea Utaran,” kata Harris, lapor Korea Times.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan dalam raaksi kepada tindakan itu memaklumkan proses penempatan THHAD keseluruhannya dijadual, sehingga akhir tahun ini.

PeluruBagaimanapun, masyarakat Korea Selatan membidas langkah berkenaan susulan kebimbangan kesan daripada aktiviti ketenteraan dan situasi perang dua negara terbabit.

Kebimbangan sama turut dinyatakan China yang memprotes keras penempatan THAAD di Korea Selatan.

“Ini tidak memberikan bantuan atau pendekatan pendamaian dua negara itu. China akan mengambil langkah yang diperlukan untuk menjaga kepentingan keamanan negara kami,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang.

Terdahulu, Agensi Berita NBC melaporkan Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk melaksanakan serangan awal (preemptive strike) menggunakan senjata konvensional terhadap Korea Utara bagi menghalang ujian senjata nuklear.

Korea Utara melaungkan amaran negara itu bersiap sedia untuk ‘acara besar’ yang menurut pegawai AS adalah kemungkinan ujian senjata nuklear keenam, pada minggu ini.

Serangan AS itu berkemungkinan membabitkan serangan peluru berpandu dan bom, siber juga operasi pasukan khas.

Ketegangan Korea Utara dan Amerika semakin memuncak susulan kecaman hebat Pyongyang terhadap pentadbiran Presiden Donal Trump yang mengkritik cubaan ujian nuklear keenam milik Korea Utara.