Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

TOP 5: Apa LIMA berita menarik hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 14 APRIL 2017, klik pautan untuk mendapatkan berita lanjut lebih lengkap dan menarik:

 
1. 11 rakyat Malaysia dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017

Hari ini banyak media melonjakkan nama Neelofa kerana disenaraikan dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Buat pengetahuan anda, selain Neelofa terdapat 10 lagi orang Malaysia yang turut berjaya masuk ke senarai itu.

Sebenarnya lebih 1,200 penyertaan dihantar kepada Forbes pada tahun lepas dan akhirnya hanya 300 orang disenaraikan mengikut 10 kategori. Daripada 10 kategori itu hanya 6 kategori sahaja diisi tempat oleh 11 orang Malaysia.

https://selangorkini.my/2017/04/11-rakyat-malaysia-dalam-senarai-forbes-30-under-30-asia-2017/

 

2. Air Selangor bakal lancar CRIS, tingkat pengurusan air

Sistem baru yang dinamakan CRIS atau ‘Customer Information Systems’ dalam memastikan perkhidmatan pengurusan air yang lebih efektif dan efisyen dijangka akan dilancarkan pada Januari 2018.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif transformasi baru Pengurusan Air Selangor itu bertujuan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, pengguna dan pengebil.

https://selangorkini.my/2017/04/air-selangor-bakal-lancar-cris-tingkat-pengurusan-air/

 

3. AS gugur bom bukan nuklear terbesar

Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) semalam menggugurkan bom bukan nuklear, dipercayai yang terbesar setakat ini di atas kompleks kepunyaan militan Daesh di Afghanistan.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan pasukan tentera udara AS di Afghanistan dalam satu kenyataan berkata, bom dikenali sebagai GBU-43/B Massive Ordnance Air Blast itu tepat mengenai sasaran di kompleks yang terletak di daerah Achin dalam wilayah Nangarhar.

https://selangorkini.my/2017/04/as-gugur-bom-bukan-nuklear-terbesar/

 

4. AS sedia serangan awal terhadap Korea Utara

Agensi Berita NBC melaporkan Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk melaksanakan serangan awal (preemptive strike) menggunakan senjata konvensional terhadap Korea Utara bagi menghalang ujian senjata nuklear.

Korea Utara melaungkan amaran negara itu siap sedia untuk ‘acara besar’ yang menandakan menurut pegawai AS adalah kemungkinan ujian senjata nuklear keenam pada minggu ini.

https://selangorkini.my/2017/04/as-sedia-serangan-awal-terhadap-korea-utara/

 

5. Jangan sesekali menyerah kalah, pesan Azizulhasni Awang

Faktor fizikal kecil berbanding lawan bukan penghalang untuk berjaya tetapi azam serta kemahuan adalah formula untuk menempa nama di peringkat dunia, kata jaguh trek negara, Azizulhasni Awang.

Beliau membuktikan usaha gigihnya sejak menyertai kejohanan bertaraf elit pada 2007 kini membuahkan hasil apabila menguasai acara keirin di Kejohanan Trek Dunia di Hong Kong.

https://selangorkini.my/2017/04/jangan-sesekali-menyerah-kalah-pesan-azizulhasni-awang

 

DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT