Categories
GLOBAL

Dron bersama 4 Kapal China masuki perairan, Jepun kerah jet F-15 & AWACS

NAHA OKINAWA 20 MEI: Dua jet Pejuang Jepun F-15 Jepun dikerah selepas empat kapal China bersama dron dilaporkan memasuki perairan Jepun berhampiran Kepulauan Senkaku di wilayah selatan Okinawa.

Agensi Berita Tempatan JAPAN TODAY melaporkan turut bersama jet pejuang itu adalah pesawat jenis airborne warning and control system (AWACS) ke kawasan itu, kata Menteri Pertahanan Jepun.

Sebelum ini, Agensi berita Jepun Jiji Press turut melaporkan satu objek dipercayai dron dikesan terbang mengiringi satu daripada empat kapal China yang memasuki perairan Jepun berhampiran Kepulauan Senkaku di wilayah selatan Okinawa, menurut seorang Pengawal Pantai Jepun

Menurut Pengawal Pantai di Naha, Okinawa itu, objek berkenaan dikesan terbang di atas kapal Haijing 2308 selama hampir empat minit sekitar pukul 10.50 pagi.

DronNamun, pihak pengawal pantai sedang mengenal pasti objek sebenar dan motif di sebalik tindakan itu.

Kapal Haijing 2166, 2305, 2308 dan 33115 memasuki perairan Jepun sekitar pukul 10.10 dan 10.25 pagi, pada titik utara-barat laut Uotsurijima iaitu antara pulau terbesar di Laut Cina Selatan yang ditadbir Jepun.

Empat buah kapal berkenaan kemudian meninggalkan perairan Jepun kira-kira pukul 11.45 pagi dan pada tengah hari.

Tindakan itu pertama kali dilakukan kapal China sejak 8 Mei dan dalam tempoh 13 tahun.

Pulau yang dikenali Diaoyu itu menjadi pertikaian antara kedua-dua buah negara dan China mendakwa ia adalah hak miliknya.

Pulau

=EZY=