Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Hujan rahmat iringi program iftar MB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 29 MEI: Lebih 200 penjawat awam tidak melepaskan peluang berbuka puasa bersama Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di kediaman rasminya di Seksyen 7, di sini, semalam.

Walaupun hujan mula membasahi perkarangan kediaman seawal jam 6.40 petang, namun ia tidak menghalang penjawat awam berkumpul memeriahkan program iftar itu.

Antara pengisian program termasuk bacaan Yassin dan Majlis Tahlil yang diketuai Mufti Negeri, Dato’ Seri Mohd Tamyes Abd Wahid.

Selain itu, Mohamed Azmin bersama hadirin turut berkesempatan menunaikan solat Magrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah.

Antara pimpinan yang hadir termasuk Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Iskandar Abdul Samad, Amiruddin Shari, Dr Daroyah Alwi; Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail; ADN Seri Serdang, Hanim Ismail dan ADN Meru, Dr Abd Rani Osman.

Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pegawai Kerajaan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman.

Program iftar itu turut meraikan ketua jabatan dan kakitangan Kerajaan Negeri dari pelbagai agensi serta pihak berkuasa tempatan.

IMG_20170528_203724 IMG_20170528_204434 IMG_20170528_203406