Categories
SELANGOR

Kampung Klang Gates Baru bakal terima masjid dua tingkat

OLEH AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 26 MEI: Kampung Klang Gates Baru bakal mendapat sebuah masjid baru selepas Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Selangor (JAIS) meluluskan permohonan.

Pembinaan masjid baru dua tingkat dengan kos berjumlah RM19 juta itu dibuat atas tapak asal seluas hampir dua ekar.

Arkitek Penguasa, Bahagian Arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Ar Zainal Mat Rais berkata, masjid baru itu mampu memuatkan 2,500 jemaah pada satu masa.

“Kawasan sekeliling masjid juga bakal dilengkapi dengan enam kelas madrasab, empat unit kuartes imam dan bilal, bilik jenazah serta pejabat masjid,” katanya.

Dengan konsep moden kontemperari, majid itu juga bakal dilengkapi 70 parkir kereta dan 80 parkir motosikal.

Kerja meruntuhkan bangunan lama masjid dijangka dimulakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

CP2A0537Menurutnya, masjid sedia ada ini sudah berusia lebih 50 tahun sejak beliau sekeluarga mula berhijrah ke Kampung Klang Gates Baru pada 1968.

“Untuk tahun ini, kita (Kerajaan Negeri) memberikan peruntukkan besar kepada JAIS dengan belanja mengurus RM289 juta, pembangunan melulus RM128 juta.

“Pembangunan orang Islam diberikan keutamaan. Seperti saya sebutkan sebelum ini, pembangunan masjid surau dan sekolah agama akan memperkuat umat Islam di masa hadapan,” katanya.CP2A0867-1024x683CP2A0675-1024x683