Categories
SELANGOR

MB teruskan lawatan kerja ke Jordan

SHAH ALAM, 2 MEI: Delegasi Kerajaan Selangor diketuai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali akan berlepas ke Jordan esok bagi meneruskan lawatan kerja ke negara Timur Tengah.

Lawatan itu akan menyaksikan satu lagi penyerahan bantuan Kerajaan Negeri kepada pelajar Selangor selain meneruskan sesi dialog bersama mereka.

Mohamed Azmin turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia ke Jordan, TYT Tuan Zakri Jaafar, pada sebelah petang.

Antara pimpinan negeri yang turut serta adalah Exco Kerajaan Negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Daroyah Alwi serta Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim.

Terdahulu, Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan RM3,000 menerusi sumbangan pendidikan Peduli Siswa kepada anak Selangor yang mengikuti pengajian di Timur Tengah.

Katanya, bagi meringankan beban pelajar, Kerajaan Negeri menaikkan bantuan dari RM2,500 kepada RM3,000 seorang untuk meneruskan pengajian di sana.