Categories
SELANGOR

Penyelesaian banjir di Batu Arang & Kundang diberi perhatian

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 24 MEI: Masalah banjir di Jalan Batu Arang dan Kundang baru-baru ini telah disenaraikan dalam projek naik taraf saliran serta pembinaan kolam takungan.

Memetik laporan Sinar Harian, Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, pertembungan antara dua sungai dan lencongan tajam aliran menjadi punca berlakunya gangguan kelancaran air Sungai Gong.

Menurutnya projek naik taraf di Sungai Gong sedang berjalan dan masalah utama penyumbang banjir kilat dikenal pasti

“Lokasi pertembungan antara Sungai Gong dan Sungai Bakau di Bandar Country Homes yang menyebabkan gangguan kelancaran air.

“Utiliti paip air juga dikesan penyumbang halangan namun kerja pengalihannya dilakukan dalam projek naik taraf Jalan B27 yang dijangka bermula Oktober ini,” katanya.

=EZY=