Categories
SELANGOR

Rakan Masjid MPSJ, imarah keberkatan Ramadan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 26 MEI : Inisiatif mengimarahkan masjid dan surau sepanjang Ramadan ini diteruskan menerusi penganjuran Program Rakan Masjid oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, program berkonsepkan ‘smartpartnership’ itu dijalankan melibatkan beberapa masjid utama mengikut pecahan zon sekitar perbandaran Subang Jaya.

“Melibatkan tiga buah masjid dan lima buah surau Zon Subang Jaya, Zon Puchong, Kinrara, Seri Kembangan dan Zon Serdang.

IMG_3157“Objektif utama adalah mengimarahkan masjid sempena Ramadan dengan aktiviti bertadarus, solat berjemaah, sesi
kuliah, berbuka puasa dan qiamullai,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat MPSJ Bilangan 5/2017 di Bilik Mesyuarat Kenanga MPSJ, pagi ini.

Dalam perkembangan itu, program dijalankan bermula 27 Mei sehingga 24 Jun depan dengan dimulakandi Masjid Abu Bakar As Sidiq (Zon1), Masjid An-Nur Jalan USJ 4 (Zon3), Masjid Al-Husna Pusat Bandar Puchong (Zon17) dan Surau An-Najah Taman Kinrara 5 (Zon11).

Ia turut diadakan di Surau As-Syarif Sungai Besi Indah (Zon24) dan Surau As-Syakirin Taman Muhibah Seri Kembangan (Zon23).

Selain itu, program turut dijalankan di Surau Al-Husna Taman Universiti Indah Serdang (Zon21) dan Surau Ar-Ridhuan Taman Puchong Permai Serdang (Zon14).