Categories
NASIONAL

Sheikh Rached Ghannouchi turun ke Selangor enam hari

SHAH ALAM, 1 MEI: Tokoh politik Islam, Sheikh Rached Ghannouchi dijadualkan hadir ke Selangor dalam rangka lawatan selama enam hari bermula 6 Mei hingga 12 Mei depan.

Sehubungan lawatannya itu, beberapa program dirangka bagi memanfaatkan kehadiran beliau.

Beliau adalah tokoh besar dalam pemikiran politik Islam kontemporer, malah turut disenaraikan di antara 100 individu berpengaruh di dunia.

Beliau turut terlibat sebagai aktor yang memainkan peranan dalam dunia politik tempatan di Tunisia dan antarabangsa.

Ikuti perkembagan lawatan dan program beliau sepanjang di Selangor menerusi www.facebook.com/ideselangor.com atau www.ideselangor.com1123