Categories
SELANGOR

‘UNISEL Terlajak Ilmu’ kupas kepentingan tuntut ilmu

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 1 MEI: Program Wacana Santai Siri 3 bertemakan ‘UNISEL Terlajak ilmu’ berjaya membincangkan kepentingan ilmu yang harus dituntut dan dicari setiap insan sempena program Made In Selangor di Aeon Mall Shah Alam, baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, ia merangkumi pelbagai diskusi ilmiah berkaitan dengan kepentingan ilmu selain kelebihan UNISEL sebagai sebuah institusi menawarkan pengajian di semua peringkat termasuk Tahun Asas, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

“Bagi menarik lagi minat pengunjung program itu menampilkan beberapa artis tanah air antaranya Man Raja Lawak sebagai moderator program dan Heliza Helmi serta penampilah khas Azman Kamal yang juga merupakan Pengarah Pemasaran dan Kemasukan UNISEL,” katanya dalam kenyataan.

IMG_9940Heliza yang berpengalaman menjadi guru, turut berkongsi pengalaman beliau yang pernah melawat negara-negara bergolak antaranya Palestin dan Syria.

“Pada pandangan beliau semakin luas perjalanan seseorang itu, semakin luas juga bidang ilmu yang dapat dikuasai,” katanya.

Turut hadir Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman.