Categories
PBT SELANGOR

MDKL: Guna tong roro seliaan majlis

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 JUN: Penduduk daerah Kuala Langat disaran menggunakan tong roro di bawah seliaan dan pendaftaran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sahaja bagi mengurangkan masalah pembuangan sampah haram, di negeri itu.

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dalam kenyataannya memaklumkan, sudah menyediakan tong roro panel milik pihak berkuasa tempatan itu bagi pengurusan kutipan sampah bersistematik di kawasan perbandarannya.

“Pemantauan berkala giat dilaksanakan terhadap pemilik premis yang menyewa tong roro bukan milik panel MDKL.

“Orang awam dinasihat menggunakan perkhidmatan tong roro hanya daripada panel berdaftar sahaja dalam usaha membanteras masalah pembuangan sampah haram,” kata kenyataan itu.

RORO MDKL (1)Sebelum ini, MDKL mengedarkan tong sampah jenis roro bersaiz 240 liter selaras inisiatif menangani aduan sampah masyarakat serta merintis pengindahan kawasan persekitaran lebih bersih dan bebas sampah.

Terdahulu, MDKL menjalankan operasi pemantauan di kawasan perbandaran Bandar Saujana Putra bagi mengenalpasti premis yang melanggar ketetapan majlis itu sebelum ini.

Dalam perkembangan sama, penduduk diingatkan supaya tidak membangunkan sebarang premis tambahan di kediaman masing-masing tanpa mendapat sebarang kelulusan MDKL.

“Hasil pemantauan mendapati ada pemilik premis kediaman mendirikan bangunan tambahan tanpa kebenaran serta menutup parit terbuka.

“Keadaan ini akan mendatangkan kesukaran kepada kontraktor MDKL untuk melakukan kerja pembersihan longkang,” katanya.