Categories
SELANGOR

MBSA sedia perkhidmatan 164 RORO secara percuma

SHAH ALAM, 2 MEI: Bagi memudahkan orang ramai membuang sampah pukal dalam persediaan menyambut Aidilfitri, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) secara percuma.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, sebanyak 164 tong RORO bersaiz 3 tan akan diletakan di sekitar Shah Alam bagi memudahkan orang awam membuang sampah pukal seperti perabut lama dan barangan elektrik.

Katanya, perkhidmatan itu bermula dari 6 Mei hingga 22 Mei dengan meletakkan tong RORO di lokasi sesuai secara berperingkat untuk kemudahan penduduk.

“Tujuan pelaksanaan perkhidmatan tong RORO ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada penduduk melaksanakan aktiviti gotong royong secara persendirian di setiap kediaman masing-masing.

“Ia juga bertujuan memberikan didikan kepada warga Shah Alam tentang pengurusan sampah pukal dengan cara yang betul,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan sama, Shahrin berkata MBSA turut berharap penduduk memberikan kerjasama dengan meletakkan sampah pukal di dalam tong RORO yang disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan selain menjaga kawasan sekitar agar berada dalam keadaan bersih serta selesa.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MBSA di talian 03-5519 6402.

Categories
PBT SELANGOR

MBSA sedia 142 tong RORO percuma

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 OKT: Sebanyak 142 tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) bersaiz tiga tan disediakan secara percuma di Seksyen 1 hingga Seksyen 36 dan Seksyen U1 hingga Seksyen U20, bermula 16 Oktober lalu hingga 31 Oktober ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, tong berkenaan diletakkan di lokasi sesuai secara berperingkat untuk kemudahan penduduk membuang sampah pukal.

Katanya, ia termasuk perabot lama dan barangan elektrik seperti almari, sofa, tilam, katil, peti ais, radio, televisyen, pengecas bateri serta telefon bimbit.

“MBSA berhasrat memberikan kemudahan kepada penduduk melaksanakan aktiviti gotong-royong secara persendirian di setiap kediaman masing-masing.

“Ia juga perperanan mendidik warga Shah Alam berkenaan pengurusan sampah pukal dengan cara betul,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Shahrin berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama meletak sampah ke dalam tong RORO disediakan dan tidak membuang ke tempat tidak sepatutnya.

“Kerjasama mereka bukan sahaja memudahkan kontraktor membuat kutipan tetapi membantu kepada persekitaran bersih dan selesa,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di talian 03-55105133 sambungan 1643 atau 1316.

Categories
PBT SELANGOR

MDKL: Guna tong roro seliaan majlis

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 JUN: Penduduk daerah Kuala Langat disaran menggunakan tong roro di bawah seliaan dan pendaftaran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sahaja bagi mengurangkan masalah pembuangan sampah haram, di negeri itu.

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dalam kenyataannya memaklumkan, sudah menyediakan tong roro panel milik pihak berkuasa tempatan itu bagi pengurusan kutipan sampah bersistematik di kawasan perbandarannya.

“Pemantauan berkala giat dilaksanakan terhadap pemilik premis yang menyewa tong roro bukan milik panel MDKL.

“Orang awam dinasihat menggunakan perkhidmatan tong roro hanya daripada panel berdaftar sahaja dalam usaha membanteras masalah pembuangan sampah haram,” kata kenyataan itu.

RORO MDKL (1)Sebelum ini, MDKL mengedarkan tong sampah jenis roro bersaiz 240 liter selaras inisiatif menangani aduan sampah masyarakat serta merintis pengindahan kawasan persekitaran lebih bersih dan bebas sampah.

Terdahulu, MDKL menjalankan operasi pemantauan di kawasan perbandaran Bandar Saujana Putra bagi mengenalpasti premis yang melanggar ketetapan majlis itu sebelum ini.

Dalam perkembangan sama, penduduk diingatkan supaya tidak membangunkan sebarang premis tambahan di kediaman masing-masing tanpa mendapat sebarang kelulusan MDKL.

“Hasil pemantauan mendapati ada pemilik premis kediaman mendirikan bangunan tambahan tanpa kebenaran serta menutup parit terbuka.

“Keadaan ini akan mendatangkan kesukaran kepada kontraktor MDKL untuk melakukan kerja pembersihan longkang,” katanya.

Categories
SELANGOR

MBSA sedia tong sampah RORO mudahkan buang sampah pukal

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menjalankan program “Spring Cleaning” dengan menyediakan tong sampah Roll-On Roll-Off (RORO) untuk kemudahan orang ramai.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, RORO disediakan untuk penduduk membuang sampah pukal dan barang terpakai.

roroAntara barangan terpakai yang dibenarkan adalah seperti almari, sofa, tilam, katil dan barangan elektrik seperti peti ais, radio, televisyen, pengecas bateri, telefon bimbit

“Penyediaan tong RORO ini bagi mengelakkan orang ramai daripada membuang sampah pukal ini di tepi-tepi jalan, kawasan lapang dan tempat yang tidak dibenarkan, sekaligus boleh mencacatkan pemandangan sekitar.

“MBSA berharap agar penduduk sekitar memberikan kerjasama dengan meletakkan sampah pukal tersebut di dalam tong RORO yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Shahrin berkata ia bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar agar berada dalam keadaan bersih dan selesa

Tong RORO bersaiz tiga tan akan diletakkan di Bandar Baru Sungai Buloh pada 30 Januari hingga 2 Februari di tiga lokasi iaitu Jalan utama di fasa 1B/5, Jalan utama di fasa 1C/1 dan Taman Mutiara Subang, Jalan Utarid U5/4.

Pada 6 hingga 9 Februari pula, tong RORO akan diletakkan di Kota Kemuning di lima lokasi iaitu di Perumahan Oncidium (Jalan 31/67), Perumahan Doritis (Jalan 31/124), Perumahan Liparis (Jalan 31/143), Perumahan Canel Garden (Jalan 31/199) dan Perumahan Malaxis (Jalan 31/171).

Seterusnya tong RORO akan berada di Setia Alam, Seksyen U13 di tiga lokasi Jalan U13/7, Jalan U13/2K dan Jalan U13/11M pada 13 hingga 16 Februari.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, orang ramai boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di talian 03-55105133 sambungan 1645.

EZY