Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Operasi pemadaman kilang terbakar masuk hari ke empat

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 28 JUN: Beberapa jentera serta kaedah digunakan bagi melancarkan kerja pemadaman kebakaran di sebuah kilang membuat barangan plastik di Kuala Kubu Bahru yang kini telah memasuki hari keempat.

Menurut laporan Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Kebakaran mendapati tersisa dengan beberapa bahagian masih kelihatan berasap.

“Maklumat itu disahkan setelah Pengurusan Bencana Negeri menggunakan Drone untuk memantau kawasan kebakaran dan menilai tahap risiko kebakaran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Walaubagaimana pun keadaan masih terkawal dan tiada kemerebakan setelah JBPM meneruskan ‘Direct Attack’,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, penggunaan jentera berat dari agensi Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) turut membantu bagi kerja pemadaman selain Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan siasatan pencemaran air sungai.

KILANG PLASTIK TERBAKARSementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, api sukar dipadamkan berikutan lapisan plastik yang menghalang air ke bahagian lain.

“Kita sedang giat menggandakan usaha memadam kebakaran secara terperinci tanpa henti sehingga kini.

“Penggunakan jentera banyak membantu mempercepatkan kerja pemadaman ke seluruh bahagian kilang tersebut,” katanya.

Kira-kira 50 anggota dari lima balai bomba dan penyelamat serta enam agensi lain turut terlibat dalam operasi kali ini.

Sebelum ini, dilaporkan Sebuah kilang membuat barangan plastik musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Rasa di Kuala Kubu Bahru pada 4.40 petang, 25 Jun lalu.