Categories
GLOBAL

Perang Diplomatik: Penggodam Rusia dalang, sumber gas Qatar puncanya?

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 7 JUN: Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) mendakwa penggodam Rusia dalang yang meletakkan berita palsu ke laman web berita Qatar sehingga mencetuskan krisis diplomatik di Asia Barat.

Agensi Berita Antarabangsa CNN melaporkan pakar FBI yang melawat Qatar pada akhir Mei lalu menganalisis wujudnya situasi pencerobohan siber sehingga membolehkan penggodam memasukkan berita palsu di agensi berita Qatar.

Kerajaan Qatar pada 23 Mei menyatakan wujudnya berita palsu bahawa pemerintah negara itu mempunyai hubungan akrab dengan Iran dan Israel.

hackerMenteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman al-Thani memberitahu CNN bahawa FBI mengesahkan wujudnya pencerobohan siber dan kewujudan berita palsu.

CNN turut melaporkan kenyataan Kerajaan Qatar sedang bekerjasama dengan FBI dan Britain bagi menyiasat dakwaan pencerobohan siber.

Jika dakwaan ini benar ia menunjukkan Rusia berusaha melemahkan dasar luar Amerika Syarikat sejak timbulnya tuduhan Rusia cuba mempengaruhi keputusan Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang dimenangi Donald Trump.

 

Simpanan Gas dan Saliran Paip Qatar

Sementara itu laman web haaretz.com melaporkan krisis diplomatik terhadap Qatar adalah berpunca isu penyaluran gas Qatar apabila negara itu semakin mendominasi situasi di rantau teluk.

Qatar merupakan negara pengeluar terbesar dunia gas sehingga membantu menjana kemakmuran ekonomi negara itu mutakhir ini sehingga melonjakkan  pendapatan per kapita per tahunan mencapai US$130.000.

Dianggarkan simpanan gas Qatar berdasarkan data daripada pelbagai sumber dianggarkan sebanyak 25.07 trilion m³. Ia menjadikan Qatar negara ketiga dunia mempunyai simpanan gas terbesar selepas Rusia dan Iran.

QatarTurkeyGasLine_01

 

Proven gas

 

Sementara itu Presiden Turki, Recep Tayyip Erodogan tidak bersetuju dengan tindakan beberapa negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Beliau menekankan perlunya jalinan kerjasama erat di antara negara Arab.

Manakala Ketua Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa negara Teluk yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar supaya memulihkan semula hubungan udara dengan negara itu, dan memberi amaran ia akan mencetuskan gangguan perjalanan yang besar.

“Kami faham bahawa negara berhak menutup sempadan masing-masing. Namun perhubungan perjalanan dengan Qatar mesti dipulihkan secepat mungkin,” kata Ketua Pengarah IATA, Alexandre de Juniac di luar mesyuarat tahunan kumpulan itu di Cancun, Mexico.

https://selangorkini.my/2017/06/perang-diplomatik-negara-arab-vs-qatar-apa-yang-berlaku/