Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

Selebriti sambung pengajian di KUIS

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 JUN : Finalis program Pentas Da’i Pendakwah Nusantara, Mohamad Saiful Marzuki, 19, memilih Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bagi menyambung pengajian peringkat diploma pengambilan sesi pertama Jun ini.

Meneruskan pengajian dalam bidang Al-Quran dan Sunnah, anak kelahiran Pulau Pinang itu akan berada di KUIS bagi tempoh dua tahun setengah di bawah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) itu.

Difahamkan, beliau mula mendaftar masuk pada 3 Jun lalu ketika sesi pendaftaran semester baru penggal pertama 2017.

Mohamad Saiful sebelum ini menyertai program dakwah Pentas Da’i Pendakwah Nusantara musim ke empat yang bersiaran di sebuah stesen televisyen swasta, Ogos tahun lalu.

DaiPencapaian terbaik beliau pada program berkenaan apabila menjadi peserta pilihan penonton dan pernah menduduki tangga pertama beberapa minggu program bersiaran.

Terdahulu, KUIS membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) menyambung pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah di Kolej Universiti itu.

Mengekalkan jaringan pendidikan berteraskan sahsiah holistik dan Islam, KUIS konsisten melahirkan tenaga kerja profesional Islam di negeri ini.

Syarat kemasukan bagi pengajian Diploma adalah 3 kredit SPM, 2 kredit STPM bagi lanjutan Ijazah Sarjana Muda dan 5 kredit bagi pengajian Asasi KUIS.

Mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di KUIS boleh membuat pendaftaran di www.kuis.edu.my, atau menghubungi talian 03-89117000.

 

Dai1

 

=EZY=