Categories
SELANGOR

Ziarah Medik Ramadan: 80 anak istimewa terima bantuan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 8 JUN: Sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak istimewa di Kuala Langat menerima sumbangan RM5,000 daripada Kerajaan Negeri menerusi Program Ziarah Medik Ramadan, baru-baru ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, sumbangan disampaikan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Telok Datok itu membabitkan peralatan keperluan asas.

“Antaranya seperti kerusi roda, lampin pakai buang, ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan juga bantuan keperluan asas.

“Semoga sedikit bantuan ini diharap dapat meringankan beban PDK dalam meneruskan kerja murni membantu anak-anak ini,” katanya dalam kenyataan.

Seramai 40 anak istimewa sekitar Kuala Langat dihantar ke PDK bagi mendapatkan rawatan pemulihan, manakala 40 lagi menanti kehadiran pelatih di kediaman masing-masing untuk tujuan sama.ZIARAH MEDIK (4) ZIARAH MEDIK (3) ZIARAH MEDIK (2)