Categories
SUKANKINI

Aliff Haikal tekad terus cemerlang

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 27 JULAI: Pemain tengah PKNS FC, Muhammad Aliff Haikal, berharap dapat terus beraksi cemerlang dan membantu pasukan mencipta kemenangan dalam baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia, musim ini.

“Saya dan rakan menjalani latihan juga menghadapi perlawanan dengan gigih berusaha untuk mencatat kejayaan.

“Saya gembira apabila berjaya menjaringkan gol dan ia kerjasama semua pemain untuk kemenangan pasukan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang T – Team di Stadium Shah Alam, di sini, malam tadi.

alifhaikalAliff membuat jaringan pada minit ke 34 untuk gol pertama disusuli gol Nizam Abu Bakar (m41) untuk PKNS FC mengatasi T- Team dengan 2 – 1.

Pemain berusia 21 tahun itu juga menjaringkan gol tunggal Semut Merah ketika mengalahkan Sarawak (1 – 0) di Stadium Negeri, Kuching, Sabtu lalu.

“Saya selesa dengan latihan disusun jurulatih (Sven Gartung), dia banyak beri tunjuk ajar dan ia meningkatkan keyakinan pada saya dan rakan dalam pasukan.

“Diharap saya dan pasukan mampu terus meningkat dalam persembahan seterusnya.

“Saya gembira jika terpilih (mewakili negara), siapa tak nak (mahu),” katanya.