Categories
AGAMA SELANGOR

JAIS: Tiada aduan baru ‘politik masjid’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 19 JULAI: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan tidak menerima sebarang aduan baru mengaitkan mana-mana individu yang ‘cuba’ berpolitik di masjid atau surau seluruh negeri.

Pengarahnya, Dato’ Haris Kasim berkata, pengurusan masjid dan surau negeri sudah dimaklumkan mengenai garis panduan larangan membabitkan aktiviti berpolitik di pusat ibadat seluruh negeri.

“Tiada lagi aduan terbaru, kebanyakkan masjid dan surau kini sudah faham tentang larangan berpolitik.

“Garis panduan berhubung larangan itu sudah dimaklumkan yang mana kita menetapkan larangan pimpinan politik berucap adalah di dalam ruang solat.

JAISBeliau berkata demikian kepada pemberita Majlis Aidilfitri bersama Agensi Agama Islam Selangor di Bangunan Sultan Idris, hari ini.

Terdahulu, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah tidak membenarkan sebarang aktiviti politik dijalankan di masjid dan surau seluruh negeri.

Baginda bertitah, kepentingan masjid perlu digunakan secara tepat berpandukan garis panduan ditetapkan di peringkat negeri.

=EZY=