Categories
PBT SELANGOR

Kaji kaedah terbaik tangani sampah domestik perumahan berstrata

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengkaji kaedah terbaik dalam usaha menangani masalah sampah domestik di kawasan pembangunan perumahan berstrata.

Datuk Bandarnya, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, hal itu kerana program pengasingan sampah dari rumah ke rumah yang diperkenalkan sukar ditangani di kawasan perumahan itu.

Katanya, bagaimanapun program itu mendapat sambutan baik di kawasan perumahan bukan berstrata.

“MBSA berpendapat pendidikan awal mengenai kebersihan sangat perlu dididik seawal usia kanak-kanak.

MBSA“MBSA sedang mengkaji beberapa kaedah lain selain menyediakan pusat pendidikan atau kaedah mengenai kesedaran ini,” katanya di sidang media selepas merasmikan Sesi Townhall Bandar Raya Rendah Karbon Shah Alam 2017, di Teater Diraja, semalam.

Pada masa sama, Ahmad Zaharin memaklumkan MBSA kini mempunyai dua buah mesin kompos sampah organik di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepajal dan Pembersihan Awam serta landskap.

“MBSA meletakkan dua mesin pengkomposan sisa makanan di pasar Seksyen 6 bagi menghasilkan baja kompos.

“Bagi kawasan taman pula, sebuah mesin ditempatkan di Seksyen 17 untuk sampah landskap antaranya daun yang dipotong dan cantas,” katanya.

=EZY=