Categories
KENYATAAN MEDIA

Kepimpinan Najib urus negara lebih melucukan

OLEH DATO’ JOHARI ABDUL

Saya terbaca kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan struktur kepimpinan pembangkang sebagai melucukan.

Tidakkah Najib Razak sememangnya berasa begitu tercabar kerana struktur kepimpinan komponen Pakatan Harapan begitu kukuh dan bersatu untuk menentang Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pentadbiran Najib Razak yang tidak menjadikan rakyat sebagai paksi telah menyebabkan segala kesejahteraan, pencapaian dan pembangunan sosial dan ekonomi diabaikan.

Begitu memalukan apabila sepanjang pentadbiran Najib Razak, pelbagai isu menghantui rakyat negara ini seperti rasuah, pendidikan yang caca merba, masyarakat miskin yang tidak dibela, infrastruktur luar bandar yang masih ketinggalan, dan kenaikan harga barang.

1MDB-1024x731Banyak perkara boleh dilakukan bagi memperkenalkan negara di mata dunia tetapi bukan dengan perkara-perkara yang negatif seperti 1MDB.

Kerajaan hari ini diketuai barisan kepimpinan yang tidak segan silu melakukan sesuatu perkara buruk secara sewenang-wenangnya.

Masih ingatkah pada Februari 2012, Najib Razak telah menyatakan bahawa setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti.

Tetapi Najib Razak sendiri tidak ikut sepertimana diperkatakannya sendiri. Malah menerima ‘derma’ sejumlah RM2.6 bilion dengan sumber yang tidak mahu diperjelaskan secara terperinci kepada umum.

Tidakkah ahli-ahli Umno BN tidak berasa malu mempunyai Presiden seperti ini? Mengapa juga rakyat Malaysia patut dipimpin oleh seorang Perdana Menteri seperti ini?

* Dato’ Johari Abdul adalah Ahli Parlimen Sungai Petani (KEADILAN)