Categories
SELANGOR

Kesungguhan Selangor basmi kemiskinan berhasil

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 JULAI: Pelaksanaan program bantuan prihatin dan peningkatan ekonomi Selangor berjaya memberi impak positif dalam menurunkan kadar kemiskinan sehingga 0.2 peratus.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, data terbabit diperoleh dari Jabatan Perangkaan Malaysia berdasarkan laporan penyiasatan pendapatan isi rumah dan kemudahan asas 2014.

Katanya, seramai 762,841 orang menerima manfaat daripada program dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan sejak 2008.

Ganabatirau“Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang data dan bersepadu berhubung jumlah sebenar keluarga isi rumah miskin. Jumlah dinyatakan itu adalah penerima manfaat dari pelbagai program di bawah standco saya.

“Jumlah ini tidak termasuk pelbagai program bantuan dan pengupayaan ekonomi dari Jawatankuasa Tetap lain dan agensi,” katanya di Sidang Dewan Negeri (DNS), di sini.

Ganabatirau berkata Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membasmi kemiskinan rakyat dengan memberi fokus membantu masyarakat meningkatkan tahap pendapatan, keadaan sosio ekonomi serta keluar daripada kemiskinan.

Untuk rekod, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Selangor terkini yang digunapakai oleh semua agensi adalah berjumlah RM1,500 sesi rumah.

Ia berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Disember 2016 dengan mengambil kira realistik dan bersesuaian dengan senario ekonomi semasa berbanding dengan PGK Nasional iaitu RM930 sesi rumah.