Categories
SELANGOR

Kutipan cukai taksiran MPK meningkat RM3.2 juta

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 27 JULAI: Sejumlah RM119.41 juta berjaya dikutip menerusi cukai taksiran oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) sehingga tempoh 19 Julai ini.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, jumlah itu meningkat RM3.2 juta iaitu 2.7 peratus berbanding RM116.21 juta bagi tempoh sama.

“MPK juga akan meneruskan kempen pembayaran cukai taksiran di kawasan terpilih antaranya pasaraya pada Ogos ini.

CP2A2902-1280x853“Dua lokasi dipilih iaitu di Aeon Bukit Tinggi dan Bukit Raja bermula 10.30 pagi hingga 10 malam,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Yasid berkata sehingga 23 Julai lalu, MPK turut berjaya mengutip RM168,405 bagi pembayaran kompaun trafik lalulintas sempena kempen pengurangan menjelang sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

“Tempoh kempen pengurangan ini akan berakhir pada 31 Julai ini dan pembayaran untuk kempen ini juga boleh dibuat di Aeon Bukit Tinggi pada 29 dan 30 Julai ini dari jam 10.30 pagi hingga 10 malam,” katanya.