Categories
SELANGOR

MB solat Jumaat dan serah sumbangan RM50,000

PETALING JAYA, 14 JULAI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, hari ini meneruskan tradisi menunaikan solat Jumaat bersama penduduk setempat di Masjid Jumhuriah, Taman Dato’ Harun, Jalan PJS 2/7, di sini.

Pada masa sama, beliau turut menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada nazir masjid berkenaan termasuk empat surau lain di sekitar kawasan terbabit.

Antara surau berkenaan adalah Surau Al-Bukhary Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway; Surau Al-Hidayah, Kampung Orang Asli; Surau Ehsaniah, Kampung Melayu Subang dan Surau Al-Mawaddah Kota Perdana, Bandar Putra Permai.

Sejurus menyampaikan sumbangan, Mohamed Azmin kemudian beramah mesra dengan penduduk setempat sebelum beredar ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menariknya, pemimpin tertinggi negeri itu memilih untuk memandu sendiri kenderaannya.