Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB solat Jumaat di Masjid Al-Falah, sumbang RM230,000

OLEH HAFIZAN TAIB

PELABUHAN KLANG, 7 JULAI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyertai orang ramai menunaikan solat sunat Jumaat di Masjid Al-Falah, Kampung Idaman, di sini, hari ini.

Ia adalah aktiviti mingguan Kerajaan Negeri bagi mendampingi masyarakat khususnya penduduk setempat di Selangor serta menyebar luas program dijalankan demi manfaat rakyat.

Mohamed Azmin turut menyampaikan sumbangan RM230,000 bagi kerja menaik taraf dan baik pulih masjid, surau serta sekolah di daerah Klang bagi tahun ini.

Masjid Al-Falah menerima RM20,000 diikuti Surau Kampung Pandan, Surau Al-Falah, Surau Al-Haqq dan Surau Al-Sirah dengan masing-masing menerima RM50,000.

Manakala Sekolah Rendah Kebangsaan Jawa 2 turut menerima sumbangan RM10,000.

IMG-20170707-WA0005 IMG_20170707_133730 IMG_20170707_133620