Categories
SAINS & INOVASI

Meja kerja ‘semak’ tanda itu genius kreatif ?

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 12 JULAI: Apakah meja anda ‘semak’ dengan helaian kertas, cawan, alat tulis dan pelbagai barangan lain? Menurut beberapa pengkaji itu adalah petanda anda genius kreatif.

Dalam dunia mendambakan ‘kebersihan adalah menunjukkan kebaikan’, menjadi orang yang nampak ‘selekeh’ diumpamakan seperti malas.

Namun terima kasih kepada kajian terkini apabila penyelidik membuat penemuan terbaru berkenaan perkara ini.

Portal Berita THE INDEPENDENT melaporkan pengkaji dari Universiti Minnesota melaporkan kadangkala bekerja dalam keadaan ‘semak’ adalah lebih produktif daripada suasana tempat kerja teratur dan sistematik.

messy-deskKajian itu juga mendapati keadaan itu adalah menunjukkan suasana sesuai untuk genius kreatif memerlukan suasana yang sibuk dan ‘semak’.

SUMBER BERITA ASAL: http://www.independent.co.uk/life-style/messy-desks-genius-sign-work-environment-creative-interesting-university-minnesota-a7834786.html

Berita itu turut melaporkan untuk melihat suasana kerja seperti Albert Einsten, Thomas Edison dan Steve Job yang mempunyai ruang kerja nampak ‘kurang terurus’.

 

Suasana kerja Steve Jobs
Suasana kerja Steve Jobs

 

johnson
Johnson

 

twain
Twain

 

EINSTEN
Suasana meja kerja Albert Einstein.

 

Suasana meja kerja Thomas Edison
Suasana meja kerja Thomas Edison

Malah, idea bahawa meja bersih mencipta pekerja yang produktif adalah idea yang bermula pada pertengahan abad ke-20.

Selain itu, data juga mendapati bahawa orang yang mempunyai meja yang ‘semak’ lebih berani kepada mengambil risiko baru.

Sementara mereka di meja yang bersih cenderung mengikuti peraturan yang ketat dan kurang cenderung untuk mencuba perkara baru.

“Persekitaran yang kurang teratur seolah-olah memberi inspirasi kepada pembebasan tradisi, yang boleh menghasilkan gambaran baru,” kata penyelidik.

Sementara mereka di meja yang bersih cenderung mengikuti peraturan yang ketat dan kurang cenderung untuk mencuba perkara baru.

“Persekitaran yang kurang teratur seolah-olah memberi inspirasi kepada pembebasan tradisi, yang boleh menghasilkan gambaran baru,” kata penyelidik.

Sementara itu Naib Presiden Global Operations ZBest Worldwide Chauffeured Transportation Services, George Rains dalam artikelnya berkata mempunyai ruang kerja yang bersih dan teratur adalah penting untuk imej pekerja dan syarikat serta untuk kesihatan.

Ruang kerja yang tidak diorganisasi dengan baik serta sistematik memberi impak negatif kepada pelanggan dan bakal pelanggan dalam membina kepercayaan.

Pekerja profesional perlu menzahirkan keadaan ruang kerja yang teratur dan sistematik serta bersih lebih-lebih lagi jika kawasan kerja itu kerap menerima kunjungan pihak luar.

San Diego Brand Agency Recognized Again among Nation’s Best Workplaces
San Diego Brand Agency Recognized Again among Nation’s Best Workplaces

Katanya, kebersihan ruang pejabat menggambarkan imej syarikat secara keseluruhan dan perlu memberikan penampilan yang baik khususnya kepada pihak luar yang pertama kali datang ke ruang kerja di mana anda bekerja.

Keadaan suasana ruang kerja yang ‘semak’ dan tidak terurus serta kotor bakal menyebabkan pihak pelanggan mempersoalkan kredibiliti dan keupayaan meletakkan keutamaan dalam melaksanakan kerja secara efektif.

Perkara terpenting kenapa ruang kerja perlu bersih adalah untuk memastikan penjagaan kesihatan pekerja yang boleh mengundang pelbagai penyakit bawaan tidak diingini.

Menurut RTKEnvironmental, udara kotor serta peralatan pejabat yang tercemar adalah punca kepada menyebabkan pekerja mudah terkena jangkitan penyakit.

KERJA

Pekerja yang membuang sampah di singki serta tidak membasuh peralatan makanan selepas digunakan mengundang kehadiran tikus dan lipas serta semut yang boleh mendatangkan penyakit berbahaya seperti penyakit kencing tikus, cirit birit dan bawaan penyakit lain.

Dengan mempunyai ruang kerja yang bersih dan terus adalah untuk memastikan ruang kerja yang efisien dan produktif dalam suasana selesa untuk semua.

SUMBER RUJUKAN LAIN:

1. A messy desk encourages a creative mind, study finds.
http://www.apa.org/monitor/2013/10/messy-desk.aspx
2. Tidy Desk or Messy Desk? Each Has Its Benefits.

Tidy Desk or Messy Desk? Each Has Its Benefits

3. 3 REASONS YOU SHOULD CLEAN-UP YOUR WORK SPACE RIGHT NOW
http://zbestlimo.com/3-reasons-clean-work-space-right-now/

=EZY=