Categories
SELANGOR

Pajakan tanah awal 15 tahun, pastikan nilai tinggi

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 JULAI: Pemajakan tanah Kerajaan Negeri boleh diperbaharui seawal 15 tahun sebelum pajakan tanah terbabit tamat tempoh.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ketetapan itu diambil bagi memastikan nilai tanah terbabit kekal tinggi.

“Kerajaan Negeri membenarkan pemilik memperbaharui pajakan jauh lebih awal berbanding Barisan Nasional (BN) dahulu yang membenarkan di saat akhir iaitu setahun sebelum pajakan berakhir.

MB DNS“Pada masa itu nilai tanah terbabit jatuh sehingga tak dapat dicagar kepada bank,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif pada hari kedua Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Ketiga Belas di Bangunan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Jelasnya, kegagalan memperbaharui tempoh pajakan boleh menyebabkan seseorang didenda dan dihukum penjara.