Categories
GLOBAL

Puluhan ribu penduduk Jepun diarah pindah

TOKYO 23 JULAI: Puluhan ribu penduduk di timur laut Jepun diarahkan berpindah dari kediaman mereka hari ini berikutan hujan lebat menyebabkan banjir besar dan menghalang beberapa laluan kereta api, kata pihak berkuasa.

Ribut petir itu melanda selepas hujan lebat membadai barat daya Jepun awal bulan ini menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang mati, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.

Hampir 25,000 orang di wilayah Akita diarahkan untuk berpindah dan sekitar 65,000 lagi dinasihatkan atau diberitahu untuk bersedia meninggalkan kawasan itu, kata seorang pegawai di wilayah Akita kepada Reuters.

Beberapa sungai melimpah dan lebih daripada 100 buah rumah sudah dinaiki air, kata pegawai itu. Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, tetapi pihak berkuasa masih memantau, katanya.

Beberapa kereta api peluru yang berulang alik ke Akita juga digantung perkhidmatan kerana hujan lebat, kata East Japan Railway di laman webnya.

=EZY=