Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 4 JULAI : Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini, apabila pelabur menunggu laporan ekonomi utama Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.2960 berbanding dolar AS daripada 4.2965 semalam, lapor BERNAMA.

“Pelabur menunggu petunjuk global, termasuk minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS, yang dijangka dikeluarkan esok, ” katanya sambil menambah ia akan menentukan arah aliran pasaran.

Berbanding sekumpulan mata wang utama lain, ringgit diniagakan lebih tinggi.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1083 daripada 3.1107 semalam, meningkat berbanding pound British kepada 5.5637 daripada 5.5738, naik berbanding yen kepada 3.7944 daripada 3.8049 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8854 daripada 4.8860 semalam.

=EZY=