Categories
GLOBAL

Erdogan: “Kita sedia bina kapal pengangkut pesawat sendiri”

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

ISTANBUL 4 JULAI: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengulangi keazaman untuk menjadikan negara itu mampu berdiri atas kaki sendiri dalam membangunkan sistem pertahanan.

Erdogan berkata negara itu berhasrat boleh berdikari sendiri menjelang 2023 mempunyai keupayaan membina peralatan persenjataan.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan kapal perang jenis korvet Kinaliada baharu pada Isnin di limbungan kapal di Istanbul.

Kapal Korvet Kinaliada dibina secara tempatan di bawah program kapal perang kebangsaan MILGEM Turki yang bertujuan untuk membina kapal frigat dengan keupayaan anti kapal selam berdasarkan teknologi domestik Turki.

645x420-turkey-launches-fourth-corvette-built-as-part-of-national-ship-project-1499087312199Kinaliada adalah kapal korvet kelas keempat yang dibina di bawah projek ini bakal siap sepenuhnya pada 2019 manakala tiga kapal korvet sudah ditugaskan Tentera Laut Turki.

Kapal Korvet Kinaliada mempunyai panjang 99.5 meter dan berat 2,500 tan. Ia dioperasikan bersama 106 krew dan berkelajuan mampu mencapai 54 kilometer sejam.

Turki adalah antara sepuluh negara dunia mempunyai kepakaran membina kapal perang.

“Kita akan membina kapal pengangkut pesawat sendiri,” kata Erdogan semasa perasmian.

Erdogan12Katanya setakat ini Turki sudah mengeksport pelbagai jenis dan saiz kapal dan bot kepada Malaysia, Bahrain, Tanzania, United Arab Emirates (UAE), Qatar, Mesir, Georgia, Pakistan, Turkmenistan, Nigeria, Norway dan Romania.

Katanya, Turki boleh berbangga kerana mempunyai kepakaran dalam menghasilkan peralatan persenjataan tersendiri khususnya kapal perang dan kapal selam.

Beliau berkata negara itu tidak akan bertoleransi dalam sebarang percubaan pihak asing mahu mengenakan tekanan dan sekatan dalam membangunkan sistem pertahanan.

“Pada 2016, Turki mencapai sasaran pengeluaran berjumlah $5 bilion dan $1.6 bilion untuk eksport,” katanya.

Erdogan berkata Turki bersedia membina kapal pengangkut pesawat sendiri selepas pembinaan kapal perang jenis serangan amfibia TCG Anadolu siap pada 2021.

Erdogan TURKI

 

Turki Erdogan1

 

Turki Edogan

=EZY=