Categories
SELANGOR

Selangor Fruits Valley sedia tarikan baru tarik pengunjung

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 9 JULAI: Pengunjung Selangor Fruits Valley (SGV) bakal menyaksikan pelbagai tarikan baru, kata Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Tamby Omar Mohamed.

Beliau berkata, SFV memiliki Makmal Tisu Kultur (Tissue Culture Lab-TCL)) yang bertindak sebagai hab pendidikan kepada pengunjung sama ada dari pra sekolah, murid sekolah juga pelajar institut pengajian tinggi.

Katanya, tiga tram dan satu gerabak kereta api turut disediakan untuk membawa pengunjung mengelilingi ladang dengan mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit.

“Untuk penggemar riadah air, kita menyediakan tasik dilengkapi jeti serta bot bagi kemudahan mereka.

“Terdapat juga haiwan jinak yng boleh didekati di Taman Rusa dan Taman Arnab dalam persekitaran semula jadi,” katanya.

taman_permainanBeliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Agro Pelancongan Selangor Fruits Valley dan Rumah Terbuka PKPS, di sini, semalam.

Tamby Omar berkata, tarikan lain termasuk Taman Herba, Rempah Ratus dan Herba Minuman serta Taman Orkid.

Katanya, terdapat juga Laman Mini dibangunkan di Pusat Operasi SFV yang ditanam dengan lanskap gabungan tanaman buah-buahan, herba dan rempah ratus serta Rumah Kelulut.

“SFV juga menyediakan lebih 20 buah-buahan tropika seperti belimbing, durian, rambutan, manggis, pulasan, ciku dan nangka di mana pengungjung boleh petik dan nikmati terus,” katanya.

TRAMTurut disediakan ruang Pavillion lengkap dengan kedai membeli belah, ruang solat, bilip VIP, TCL, ruang tinjau dan bilik seminar.

SFV juga menyediakan Eco-Bridge Courtyard sebagai ruang santai dan rehat serta dilengkapi restoran masakan Melayu.

SFV juga menerima lawatan berkumpulan daripada pelbagai institusi pendidikan dan jabatan serta orang awam pada setiap hujung minggu.

Pada peringkat awal ini, SFV dibuka kepada orang ramai pada setiap hujung minggu dan menerima pakej berkumpulan pada bila-bila masa mengikut tarikh dipersetujui.

 

INFO LANJUT: http://www.pkps.gov.my/perladangan/selangor-fruits-valley/

 

Digital-Billboard-SFV-2

 

TRAM1

 

rusa

 

ARNAB

 

MAKMAL

=EZY=