Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Tak perlu sensitif, hanya cerita kejayaan Selangor

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 JULAI: Cerita kejayaan Selangor tidak seharusnya menjadi sesuatu yang sensitif kepada pihak tertentu, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, cerita itu bagaimanapun disambut kurang senang pentadbiran negeri lain termasuk Johor dan Perak.

“Saya pergi Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Besar Johor) kelam kabut, saya pergi Perak, Datuk Seri Zambry Kadir juga sama.

YAYASAN SELANGOR INTEKMA (3)“Buat apa mahu kelam kabut, saya tidak sebut nama dia, jadi yang dia panik kenapa.

“Saya hanya menceritakan kejayaan Selangor supaya orang Perak dapat lihat kita di sini maju. Apa masalahnya?” katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Zambry bahawa kandungan ucapannya ketika ceramah di Kuala Kangsar, baru-baru ini, sebagai tidak beradab dan tidak menghormati Kerajaan Perak.

Pada 22 Julai lalu, Mohamed Azmin mengetuai Program Jelajah Aidilfitri ke Perak dan Pahang.

Menerusi kandungan ucapannya, beliau antara lain berkata sifir Umno-BN bahawa pembangkang tidak pandai mentadbir sudah boleh dilupuskan.

“Idea itu sudah tidak boleh dipakai lagi kerana kita membuktikan sebaliknya yang berlaku. Kini, kita ada kisah kejayaan Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.