Categories
AGENDA NASIONAL

Diplomat puji kejayaan Malaysia kekang pandemik Covid-19

PUTRAJAYA, 17 OGOS: Seorang diplomat hari ini memberi penghormatan kepada Malaysia atas kejayaan dalam mengekang penularan pandemik Covid-19 yang boleh dijadikan contoh, dengan mengatakan bahawa kejayaan itu dihargai di peringkat antarabangsa.

Dekan Kor Diplomatik Prof Dr Qaley Allahverdiyev yang juga Duta Besar Azerbaijan di Malaysia berkata: “Kejayaan Malaysia dalam mengawal dan mengatasi cabaran penularan Covid-19 bukan sahaja dihargai oleh Malaysia tetapi juga peringkat antarabangsa”.

Allahverdiyev menyampaikan ucapan tahniah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini.

Bercakap bagi pihak perwakilan lain di Malaysia, beliau berkata kor diplomatik, sebagai wakil rasmi negara masing-masing, menyaksikan dan mengiktiraf nilai penuh komitmen Al-Sultan Abdullah untuk meningkatkan kenegaraan Malaysia.

“Dan kami dengan tulus mengucapkan tahniah atas apa yang telah dicapai,” katanya.

Allahverdiyev juga berkata kor diplomatik di Malaysia mempunyai keyakinan tinggi bahawa kerajaan di bawah naungan Al-Sultan Abdullah akan terus mencapai pencapaian luar biasa dalam merancang program dan dasar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, bermaruah dan bebas.

Beliau berkata kor diplomatik juga mendoakan perlindungan dan kemakmuran Malaysia dan semua rakyat di bawah kepimpinan Seri Paduka.

“Semoga Allah yang Maha Kuasa sentiasa melimpahkan rahmat-Nya ke atas Seri Paduka dan keluarga diraja,” katanya dan menyampaikan ucapan selamat ulang tahun ke atas Yang di-Pertuan Agong dalam bahasa Malaysia.

Seramai 31 individu menerima anugerah, darjah kebesaran dan pingat hari ini pada istiadat sesi pertama. Sejumlah 829 orang telah diberikan penghormatan sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong tahun ini.

-BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Tak perlu sensitif, hanya cerita kejayaan Selangor

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 JULAI: Cerita kejayaan Selangor tidak seharusnya menjadi sesuatu yang sensitif kepada pihak tertentu, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, cerita itu bagaimanapun disambut kurang senang pentadbiran negeri lain termasuk Johor dan Perak.

“Saya pergi Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Besar Johor) kelam kabut, saya pergi Perak, Datuk Seri Zambry Kadir juga sama.

YAYASAN SELANGOR INTEKMA (3)“Buat apa mahu kelam kabut, saya tidak sebut nama dia, jadi yang dia panik kenapa.

“Saya hanya menceritakan kejayaan Selangor supaya orang Perak dapat lihat kita di sini maju. Apa masalahnya?” katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Zambry bahawa kandungan ucapannya ketika ceramah di Kuala Kangsar, baru-baru ini, sebagai tidak beradab dan tidak menghormati Kerajaan Perak.

Pada 22 Julai lalu, Mohamed Azmin mengetuai Program Jelajah Aidilfitri ke Perak dan Pahang.

Menerusi kandungan ucapannya, beliau antara lain berkata sifir Umno-BN bahawa pembangkang tidak pandai mentadbir sudah boleh dilupuskan.

“Idea itu sudah tidak boleh dipakai lagi kerana kita membuktikan sebaliknya yang berlaku. Kini, kita ada kisah kejayaan Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.