Categories
SUKANKINI

Bola sepak Sukan Sea: Malaysia ke pentas akhir bertemu Thailand

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM 26 OGOS: Gol penting dijaringkan N Thanabalan pada minit ke- 86 sudah cukup meletakkan pasukan bola sepak Malaysia ke pentas Perlawanan Akhir Sukan Sea dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Jaringan itu diperolehi menerusi tandukan cantik Thanabalan selepas Malaysia memperolehi sepakan sudut dalam pertembungan sengit kedua-dua belah pihak sejak sepak mula bermula.

Selepas memperolehi gol itu Malaysia beruasaha mempertahankan pintu gol daripada dibocori sehingga wisel penamat ditiupkan dengan keputusan 1-0.

Bertemu di pentas akhir adalah pasukan Thailand yang sebelum itu menundukkan pasukan Myanmar 1-0 pada masa kecederaan.

Kejayaan itu membawa Malaysia bertemu Thailand di peringkat akhir yang dijadualkan pada 29 Ogos ini.

=EZY=