Categories
KENYATAAN MEDIA

Ku Nan jangan biadap gelar rakyat Selangor ‘Gila’ – AMK

OLEH SYED BADLI SHAH SYED OSMAN

Merujuk kepada satu ucapan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyifatkan rakyat Selangor sebagai ‘Gila’ adalah ucapan yang sangat biadap dan menghina rakyat Selangor keseluruhannya.

Antara petikan ucapan beliau dalam satu majlis di Petaling Jaya Utara harini “Saya amat sedih dengan Selangor ni. Lepas kita (BN) beri pembangunan, senang-senang rakyat beri kepada pembangkang termasuk dengan rizab berbilion-bilion (ringgit), diberi kepada pembangkang. Orang Selangor ni gila ke apa?”

Beliau seolah-olah menyifatkan seluruh rakyat Selangor sebagai “gila”. Saya ingin bertanya kepada Tengku Adnan, adakah seluruh rakyat Selangor itu termasuk Sultan Selangor?

Jika itu yang beliau maksudkan maka secara jelas beliau telah menghina rakyat Selangor termasuk Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.

RAKYAT SELANGOR (NEW)Rakyat Selangor punya hak untuk menilai dan memilih kerajaan mana yang terbaik untuk mentadbir Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor hari ini dibawah kepimpinan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali selaku Dato’ Menteri Besar secara terang dan jelas telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang khususnya dalam usaha pemberian pelbagai Inisiatif yang Peduli Rakyat.

Tentunya rakyat Selangor yang menerima manfaat secara langsung dari pelbagai inisiatif yang diperkenalkan kerajaan negeri, membuatkan mereka semakin matang menilai parti manakah yang harus dipilih menjelang pilihanraya kelak.

PRU-14Dengan kebiadapan Setiausaha Agong Umno yang menghina rakyat Selangor, maka jelaslah Umno dan Barisan Nasional bukanlah parti yang sesuai untuk memerintah negeri Selangor bahkan Malaysia.

Justeru saya seru seluruh rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk menolak Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.

* Syed Badli Shah Syed Osman adalah Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor