Categories
SELANGOR

MB sarapan bersama rakyat di Warong Wak Gintong

OLEH LIZAWATI MADFA

SEPANG, 4 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali membuka tirai Program Turun Padang di daerah ini dengan menikmati sarapan pagi di Warung Wak Gintong, Kampung Bukit Canggang, di sini.

Seawal jam 8.20 pagi, beliau dan rombongan Kerajaan Negeri tiba di warung yang terkenal dengan roti boom itu.

Berkemeja rona coklat lembut, ketibaan Mohamed Azmin diiringi konvoi motor berkuasa besar disambut Ketua Kampung, Sharif Ngatani dan pimpinan setempat.

IMG_7467Pagi ini, beliau memilih untuk menikmati nasi lemak, lempeng serta teh ‘o’ panas.

Seperti biasa, Mohamed Azmin juga sempat memenuhi permintaan bergambar daripada pengunjung warung berkenaan.

Turut serta, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan barisan Exco Negeri seperti Dr Daroyah Alwi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Selepas setengah jam, Mohamed Azmin bergerak ke lokasi seterusnya di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang untuk menyempurnakan Majlis Penyerahan Notis 5A.

Selain roti boom, Warung Wak Gintong turut menyediakan menu lain seperti nasi lemak, aneka mi dan kuih-muih.IMG_7337