Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Tahniah PBT Selangor, terus kuat bekerja

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali gembira dengan pelbagai usaha yang ditunjukkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.

Beliau menyifatkan kejayaan PBT itu membolehkan 74 peratus responden berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan PBT.

Katanya, kejayaan itu akan terus menjadi pemangkin untuk PBT bekerja lebih kuat.

AZMIN“Tahniah PBT Negeri Selangor.

“74 peratus responden berpuas hati dengan prestasi PBT Selangor dalam tinjauan terbaru oleh ‘Merdeka Centre for Opinion Research’,” tulisnya dalam laman sosial Facebook.

Mohamed Azmin berkata hasil tinjauan itu boleh dijadikan pembakar semangat PBT dan Kerajaan Negeri memberi penyampaian serta perkhidmatan terbaik di Selangor.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata kajian itu mendapati 74 responden berpuas hati dengan PBT di Selangor berbanding tahun 2015.

Antara PBT yang menunjukkan peningkatan paling ketara ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diikuti dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Mohd Amin berkata, melalui kajian itu responden turut mencadangkan supaya PBT lebih memberi tumpuan dalam menyediakan kemudahan taman dan rekreasi serta pembaikan jalan.