Categories
SELANGOR

PPAS sedia berkongsi kejayaan penjenamaan semula

OLEH LIZAWATI MADFA

SABAK BERNAM, 9 OGOS: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sedia untuk bersama negeri lain dalam menjayakan program penjenamaan semula perpustakaan.

Pengarahnya, Mastura Muhamad berkata, Selangor berjaya melaksanakannya di lebih 40 perpustakaan bertaraf daerah, cawangan dan pekan di seluruh Selangor.

Katanya, hasrat itu juga selaras saranan Kerajaan Negeri untuk mengangkat imej dan martabat perpustakaan sebagai rumah kedua kesayangan rakyat.

“Seperti hari ini, sahabat kita daripada Kedah datang dan saya sudah nyatakan kesediaan berkongsi kertas kerja program ‘penjenamaan kita.

IMG_20170808_130245“PPAS sentiasa bersedia untuk bersama dan membantu satu sama lain dalam menjadikan perpustakaan sebagai pilihan utama rakyat, selepas rumah mereka,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui sejurus selesai Majlis Perasmian Perpustakaan Awam Selangor Sekinchan, di sini, semalam.

Mastura berkata, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam juga merupakan satu-satunya perpustakaan negeri yang dibuka setiap hari, kecuali ketika cuti umum.

“Waktu perkhidmatan juga sudah dilanjutkan sehingga jam 9 malam ketika hujung minggu dan 7 malam pada Isnin hingga Jumaat.

“Walaupun terdapat banyak permintaan untuk kita buka pada cuti umum, tetapi ia masih tidak dapat dipenuhi buat masa ini,” katanya.

=EZY=