Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Tadika KPKT PPR Lembah Subang beroperasi secara haram?

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG, 10 OGOS: Tadika yang diasaskan Pejabat Pengurusan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Blok C, Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang 1, di sini, didakwa beroperasi secara haram.

Pengerusi Persatuan Penduduk Blok A, B dan C, Fasa 2, Taman Putra Damai, Petaling Jaya, Aziz Hashim berkata, pihak pengurusan tadika yang didakwa di bawah seliaan Jabatan Kemajuaan Masyarakat itu tidak mendapatkan sijil menduduki daripada pihak bertanggungjawab.

“Asalnya, premis yang dijadikan sekolah itu adalah bahagian ‘basement’ blok ini tetapi mereka membina dinding, membuat sambungan air dan elektrik sendiri.

“Pihak kami menghubungi jabatan berkaitan kerana membahayakan pelajar dan percaya tiada sebarang kelulusan diberikan sama ada oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Syarikat Air Selangor, Tenaga Nasional Berhad dan pihak bertanggungjawab lain,” katanya pada satu pertemuan antara persatuan terbabit dengan SelangorKini.

Katanya, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Penchala memaklumkan kepada persatuan setiap premis atau tadika wajib mendapatkan kelulusan mereka terlebih dahulu sebagai syarat mendapatkan sijil menduduki.

TADIKA KPKT (3)Aziz berkata, persatuan turut dimaklumkan pegawai tadika yang enggan namanya disiarkan bahawa tadika itu hanya meluluskan operasinya selepas semua piawaian dipatuhi.

SelangorKini sedang cuba menghubungi semua jabatan terbabit untuk mendapatkan pengesahan masing-masing.

Kawasan hadapan sekolah itu tidak berbumbung, sekali gus membahayakan kanak-kanak ekoran terdedah dengan risiko ditimpa objek sekiranya dibuang dari tingkat atas, ketika SelangorKini dibawa meninjau ke kawasan tadika itu, baru-baru ini.

Manakala paip air tadika itu disambung secara haram sebelum jangka (meter) salah sebuah unit berhampiran menyebabkan sekolah itu tidak memiliki unit jangkanya sendiri.

Sama seperti bekalan air, bekalan elektriknya juga tidak memiliki jangkanya sendiri apabila hanya disambung dengan salah sebuah unit di tingkat satu.

SelangorKini dimaklumkan, tadika itu mempunyai tujuh pelajar tetapi kini hanya tinggal tiga sahaja, sejak dibuka, pada 1 Julai lalu