Categories
GLOBAL

Taufan Harvey selaju 210km/sejam landa Amerika

GLOBAL 26 OGOS: Amaran bahaya Taufan Harvey ditingkatkan kepada kategori empat dan kelajuan dijangka kira-kira 210 kilometer sejam ketika mana berjuta-juta penduduk di dua negeri Amerika Syarikat (AS) iaitu Texas dan Louisiana bersiap sedia menanti kehadiran taufan itu.

Taufan Harvey dijangka menjadi taufan paling dahsyat melanda tanah besar AS dalam tempoh 12 tahun, lapor Agensi Berita Antarabangsa CNN.

Pusat Taufan Nasional (NHC) AS, mengeluarkan amaran bahawa Harvey ‘menambah kelajuan angin dengan pantas’ dan berpotensi ‘mengancam nyawa serta mengakibatkan banjir besar’ ketika ia menuju ke sebuah kawasan memproses minyak kira-kira tujuh juta tong sehari.

Pusat taufan dijangka tiba ke daratan pada awal Sabtu), dengan tiupan angin kencang tiba seawal jam 8 pagi waktu tempatan hari ini, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

ap_17237457355864-d2ddb749f89016e3f633504e96b2e635963fdf6e-s1400-c85Menurut NHC, taufan kategori 1 itu dijangka melanda daratan pada kekuatan kategori 3, dengan kelajuan angin 209 kilometer sejam.

Jika jangkaan tersebut benar, Harvey akan menjadi

“Bagi sesiapa yang belum lagi meninggalkan rumah, sila segera berbuat demikian,” isy­tihar bandar raya Portland, Texas dalam laman sesawangnya.

Taufan berkenaan menga­n­cam satu per­tiga kapasiti pe­na­pisan minyak AS, sekali gus memaksa beberapa syarikat tenaga mengambil langkah berjaga-jaga dan memindahkan kakitangannya dari pelantar minyak dan gas.

Sebuah pelantar cari gali mi­nyak di Teluk Mexico dikosongkan semalam, begitu juga dengan 39 pelantar pengeluaran minyak dan gas asli, menurut Biro Kese­lamatan dan Penguatkuasaan Alam Sekitar.

Menurut biro itu lagi, tindakan pengosongan tersebut mewakili kira-kira 9.5 peratus pengeluaran minyak dan 14.7 peratus pengeluaran gas asli di Teluk Mexico.

=EZY=