Categories
GLOBAL NASIONAL

AS beri amaran, masuk ruang udara Korea Utara

WASHINGTON, 24 SEPT: Pesawat pengebom dan penggempur Amerika Syarikat (AS) terbang melalui pantai Korea Utara, semalam sebagai bantahan terhadap program senjata nuklearnya.

Keadaan itu sekali gus memburukkan lagi hubungan kedua negara yang sedia tegang.

Terdahulu, menteri luar itu mengecam Donald Trump sebagai pemimpin ‘berpenyakit mental’ di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), manakala presiden AS membalas dengan ancaman baru di Twitter.

Pesawat pengebom AS pernah melakukan penerbangan serupa sebelum ini, ketika AS dan masyarakat antarabangsa berjuang mengekang program senjata Korea Utara.

Pentagon menegaskan ini adalah penerbangan di Zon Bebas Ketenteraan (DMZ) yang paling jauh ke utara pernah dilakukan mana-mana pesawat pejuang atau pengebom AS dari pantai Korea Utara, pada abad ini.

“Misi ini adalah gambaran kesungguhan dan mesej jelas AS, bahawa presidennya memiliki banyak pilihan ketenteraan untuk mematahkan sebarang ancaman,” kata jurucakap Pentagon, Dana White.

*Sumber: AFP dan BHOnline